Unit Catcha Digital Meterai Perjanjian Beli 92.5 Peratus Pegangan Dalam Theta Pada RM35 Juta

2c57b357ab3274fbc6210231051375a164072a36cc490

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Iteenews) — Anak syarikat milik penuh Catcha Digital Bhd, Catcha Theta Holdings Sdn Bhd (Catcha Theta) memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat (SSA) untuk membeli 92.5 peratus pegangan ekuiti dalam Theta Service Partner Sdn Bhd (Theta) pada RM35 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Catcha Digital menjelaskan pembelian itu akan dibahagikan kepada empat bahagian masing-masing pada RM5.9 juta, RM6.6 juta, RM11.2 juta dan RM11.3 juta.

Pembelian strategik itumenandakan pengembangan Catcha Digital ke dalam sektor penyelesaian perisian perbankankhususnya dalam perisian pengasalan pinjaman, jelasnya.

Theta ialah penyedia perisian pengasalan pinjaman terkemukauntuk institusi kewangan melalui produk utamanya ORIGINS –penyelesaian pinjaman komprehensif yang menyelaraskan operasi merentas segmen runcit, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan komersial.

Pengerusi Catcha Digital Patrick Grove berkata pembelian itu mewakili penyertaan strategik dalam sektor perisian perbankan dan sejajar dengan visi pihaknyauntuk membina syarikatteknologi digital yang komprehensif.

“Perkara yang mengagumkan kami mengenaiTheta Group adalah kepakaran domain mereka yang mendalam mengenai sistem pengasalan pinjaman, dibuktikan oleh hubungan mereka yang telah terjalin lamadengan institusi kewangan utama merentas pelbagai pasaran,” katanya.

Pembelian itusejajar dengan visi Catcha Digital untuk mempelbagaikan perniagaannya dengan menceburiperniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan membina syarikat digital terkemuka di ASEAN, menyasarkan ekonomi digital yang berkembang pesat di rantau ini, bernilai RM1 trilion menurut laporan e-Conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Bain & Company.

Syarikat ituterus mencari pelaburan dan pembelian strategik yang melengkapkan segmen sedia ada di samping mengembangkan kehadirannya dalam ekonomi digital melangkaui media digital.

Catcha Digital mengumumkan enam pembelian strategik dalam tempoh lima bulan lepas, termasuk pembelian Theta, masing-masing berkedudukan untuk memperkukuh kedudukannya dalam ekonomi digital dan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan.