Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tiga, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kanan) turut hadir pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 5 – Peranan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dalam Mentransformasikan Syarikat, Mengimbang Keuntungan dan Tanggungjawab Sosial untuk Mencetuskan Negara yang Berjaya Cipta, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) ketika mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 5 – Peranan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dalam Mentransformasikan Syarikat, Mengimbang Keuntungan dan Tanggungjawab Sosial untuk Mencetuskan Negara yang Berjaya Cipta, di sini malam ini. Turut kelihatan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dua, kanan), Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Amirul Feisal Wan Zahir (kiri) dan Pengerusi Khazanah Research Institute Nungsari Ahmad Radhi (kanan). –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam, kanan) bergambar bersama peserta yang hadir pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 5 – Peranan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dalam Mentransformasikan Syarikat, Mengimbang Keuntungan dan Tanggungjawab Sosial untuk Mencetuskan Negara yang Berjaya Cipta, di sini malam ini. Turut kelihatan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (enam, kiri) dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (empat, kiri). –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
PETALING JAYA, 18 April (Iteenews) –Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) menelitiaspek pedagogi (kaedah dan prinsip pengajaran) di institusi itu berikutan isu pelajar berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa yang tular baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pedagogi dalam pembelajaran perlu mengambil kira perkara-perkara berkaitan dan mempunyai sensitiviti tertentu.
“Mungkin ada beberapa pandangan yang telah diberikan. UiTM telah pun menjelaskan perkara yang sebenar dan juga langkah-langkah yang mereka akan lakukan,” katanya kepada pemberita selepas Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIM) Siri kelima di sini, malam ini.
Zambry turut menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk beliau sebagai menteri masuk campur dalam semua perkara kontroversi melibatkan mahasiswa dan institut pengajian tinggi.
“Saya rasa ia satu benda yang tidak matang nak minta kita masuk campur semua. Tetapi yang paling mustahak adalah apabila ada isu seperti ini, UiTM mempunyai tanggungjawab untuk jelaskan kepada masyarakat,” katanya.
UiTM menerusi kenyataan pada Rabu menjelaskan pelajar berpakaian kostum mirip ahli kumpulan Ku Klux Klan (KKK) itu adalah sebahagian daripada tugasan akademik oleh pelajar Pusat Asasi UiTM bagi sesi pembentangan kursus Contemporary Global and Legal Issues.
Menurut universiti itu tugasan berkenaanbertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa dan pensyarah serta pihak fakulti terlibat turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal, berlandaskan prinsip akademik tanpa menyentuh sensitiviti agama, budaya mahupun perkauman.
Semalam, polis mengesahkan telah menerima satu laporan pada Rabu berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan penuntutpusat asasi UiTM kampus Dengkil berpakaian menyerupai kostum ahli kumpulan KKK.
— BERNAMA