UEM Lestra
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Iteenews) — Anak syarikat milik penuhdan sayap industri hijauUEM Group Bhd,UEM Lestra Bhd (UEM Lestra) bekerjasama denganACWA Power dari Arab Saudi untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan bersama-sama membangunkan loji penjanaan tenaga dan air bebas (IWPP) boleh baharu di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Lestra Harman Faiz Habib Muhamad berkata kerjasama inimenandakan inisiatifpenting ke arah menyediakanbekalan air dan tenaga gred industriyang mampan di Malaysia.
"Sekiranya dilaksanakan nanti ia berpotensi untuk menarik lebih banyak pelaburan asing (FDI) terutamanya dalam sektor pembuatan dan pusat data ke dalam negara.
"Kami komited untuk berkerjasama dengan ACWA Power bagi memastikan loji dan kemudahan ini dapat dibangunkan dengan jayanya, yang bukan sahaja akan menangani permintaan sumber air oleh industri yang kian meningkat tetapi juga selari dengan sasaran tenaga boleh baharu Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu,Ketua Pegawai Pelaburan dan Pembangunan Thomas Brostrom berkata kerjasama denganUEM Lestramerupakan cerminan komitmen merekake arah menyediakan penyelesaian air dan tenaga mampan.
"Dengan memanfaatkan kepakaran global ACWA Power dalam infrastruktur tenaga boleh baharu dan teknologi terkini seperti osmosis songsang air laut (SWRO), kita dapat membantu memenuhi keperluan air bagi industri di Malaysia di samping menyumbang ke arah pembangunan infrastuktur hijau negara," katanya.
Beliau berkata kerjasama ini menyokong sasaran kelestarian Malaysia, menarik pelaburan asing dan meletakkan penanda aras baharu bagi utiliti yang lebih inovatif dan kalis masa hadapan.
Perjanjian kerjasama strategik berkenaan dimeteraihari ini oleh UEM Lestra yang diwakili oleh Harman Faiz dan Ketua Pegawai Pembangunan, Rashidi Hazrin Harun. Sementara itu, ACWA Power diwakili oleh Brostrom dan CEO syarikat itudi Malaysia,Mathew Chandapillai.
Di bawah perjanjian ini, ACWA Powerakan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bersama UEM Lestra di samping meneroka pembangunan kemudahan IWPP boleh baharu dan menggunakan teknologi SWROdi negara ini.