KUALA LUMPUR, 28Sept (Iteenews) –U Mobile and Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) memeteraimemorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosikan penggunaan dan mengkomersialkan X2B, iaitu aplikasi, penyelesaian dan perkhidmatan pintar yang dikuasakan 5G kepada perniagaan di Malaysia.
Di bawah MoU itu, kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian teknologi secara menyeluruh, seperti rangkaian teras 5G perusahaan, pusat data dan infrastruktur awan, untukX2B dalam pelbagai sektor, termasuk pembuatan, peruncitan dan pertanian.
Bagi memastikan kerjasama ini mencapai matlamatnya, U Mobile akan memanfaatkan infrastruktur awan termaju Huawei di Malaysia dan ekosistem rakan kongsi antarabangsa sertatempatan untuk meningkatkan landskap X2B.
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile Navin Manian berkata kerjasamastrategik dengan Huawei Malaysia ini akan mempercepatkan penggunaan perusahaan bagi teknologi 5G, 5G-Lanjutandan teknologi masa hadapan, sekali gus mempertingkatkan inovasi, kecekapan dan produktiviti.
“Langkah ini juga selaras dengan usaha berterusan kami untuk memenuhi matlamat negara dalam mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang dipacu teknologi dengan mewujudkan peluang kepada semua rakyat Malaysia berkembang maju dalam ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan bersama Huawei Malaysia hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun menekankan komitmen syarikat untuk memperkasakan perniagaan Malaysia melalui potensi transformatif penyelesaian X2B.
“Kerjasamadengan U Mobile ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk membangunkan ekosistem yang berorientasi masa hadapan yang bukan sahaja mengukuhkan keupayaan perusahaan tetapi juga sejajar dengan visi Malaysia untuk menjadi ekonomi yang didorong oleh teknologi.
“Bersama-sama, kami menyasarkan untuk menyediakanpenyelesaian X2B termaju yang memacu produktiviti dan pertumbuhan jangka panjang untuk perusahaan merentas pelbagai sektor,” katanya.
Majlis itu berlangsung di Pusat Taklimat Eksekutif Huawei di Beijing, China, dan disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.