U Mobile, FELDA Meterai Perjanjian Bagi Pacu Transformasi Digital

b4eaa9b01f40efb67b1bfc6761f7f5a1677b51ed2cffdKredit: U Mobile

KUALA LUMPUR, 6 Jan(Iteenews) — U Mobile memeterai satu perjanjian dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membabitkan penglibatan syarikat telekomunikasi itu memainkan peranan penting menyokong kumpulan itu dalam usaha transformasidigitalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, U Mobile berkata usaha itu sebagai permulaannya akan melibatkan pelaksanaanpenyelesaian ketersambungan gred perusahaan di semua pejabat dan cawangan FELDA di seluruh negara.

“Platform komunikasi tradisional FELDA yang merangkumi talian tetap fizikal akan dinaik taraf kepada penyelesaian penumpuan yang akan membolehkan mobiliti, kecekapan serta keupayaan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik," katanya.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan digital itu berkata individu yang bekerja di pejabat dan cawangan FELDA di seluruh negara akan dapat mengakses panggilan suara atau data merentasi tiga peranti menerusi satu nombor telefon.

Sementara itu, Ketua Pegawai Maklumat U MobileNeil Tomkinson berkata penyelesaian ketersambungan hubungan ituhanya permulaan kepada perkongsian berterusan dengan teknologi dan penyelesaian 5G menjadi kunci perjalanan FELDA.

"FELDA juga merupakan syarikat berkaitan kerajaan pertama bagi perniagaan perusahaan kamidan U Mobile berbangga menerima sokongan untuk kepakaran teknikal kami.

“Kami juga teruja untuk menyokong lebih banyak inisiatif yang menyumbang kepada pertumbuhan negara dalam bulan-bulan akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Komnunikasi Strategik FELDA Syirfan Indra Mitra SuryaHussin berkata agensi itu yakin U Mobile akan memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam memenuhi keperluan komuniti.

— BERNAMA