TVET Bukan ‘Jalan Mati’, Laluan Kerjaya Berpotensi Tinggi

Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Shamsuddin Amran (kanan) yang juga Pengerusi Kluster Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama Juruteknik Automotif Bermaz Auto Berhad, Muhammad Syabil Syahmi Norazam, 24, melakukan pemeriksaan salah sebuah kereta di Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, baru-baru ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Shamsuddin Amran (kanan) yang juga Pengerusi Kluster Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama pelatih-pelatih Mechatronic Sekolah Latihan Bermaz Auto Berhad bagi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Bermaz Auto Berhad, baru-baru ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Shamsuddin Amran yang juga Pengerusi Kluster Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bergambar selepas ditemuramah Iteenews di pejabatnya di Bermaz Auto Berhad, baru-baru ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

SHAH ALAM, 26 Dis(Iteenews) –Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak seharusnya dianggap sebagai 'jalan mati' bagi individu yang berhasrat mengembangkan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebaliknya, ia merupakan laluan terbuka bagi mereka yang berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan

Kemahiran yang diperoleh dalam bidang teknikal bukan sekadar terhad kepada membaiki enjin kereta yang bermasalah, tetapi juga berperanan penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran, yang secara tidak langsung membantu menggerakkan ekonomi negara.

Ketua Operasi Selepas Jualan Bermaz Auto Berhad (B Auto) Datuk Shamsuddin Amran berkata menerusi TVET, kerajaan kini berada di landasan yang tepat dalam memperkasakan program tersebut agar selaras dengan keperluan dan permintaan industri

Menurutnya, ini dilaksanakan melalui pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), yang merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Shamsuddin yang juga Pengerusi Kumpulan TVET Pilihan Kerjaya Utama berkata, sejak syarikatnya memulakan program SLDN 14 tahun lalu, mereka tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja mahir dari luar negara.

Program yang dikendalikan oleh BermazAuto Training School telah berjaya melahirkan tenaga kerja mahir dalam tiga bidang pengajian yang ditawarkan, iaitu Mechatronics, Body and Paint, serta Mekanik.

“Kami telah melahirkan lebih daripada 1,000 juruteknik, dan 90 peratus tenaga kerja di B Auto merupakan hasil dari program SLDN tersebut.

“Dengan kemahiran yang mereka peroleh, mereka bukan sahaja bekerja sebagai juruteknik, tetapi ada di antara mereka yang berpeluang untuk berkhidmat sebagai jurutera, pembantu pengurus, dan bahkan pengurus