Tune Protect Perkenal Delay Lounge Pass Untuk Pelanggan Insurans Perjalanan Airasia

6400b4418b2895454a1816df983e50526764481ddb45c 3bc08508594da2292d9d26d99d2b0d476764496b112fe How Kim Lian

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Iteenews) –Tune Protect Group Bhd melancarkanDelay Lounge Pass yang menawarkanakses kepada lebih daripada 1,500 lounge lapangan terbang di seluruh dunia apabila penerbangan tertangguh selama dua jam atau lebih yang tersedia merentasi rangkaian global AirAsia.

Dalam satu kenyataan, syarikat insurans itu berkataDelay Lounge Passeksklusif tersedia untuk pelanggan yang memilih satu daripada pelan Insurans Perjalanan AirAsia, seperti Value Pack, Premium Flex, dan AirAsia Plus 2 untuk penerbangan yang berlepas dari, atau akan tiba di Malaysia dan Thailand.

Ia berkata Delay Lounge Pass mengubahpengalaman penangguhan penerbangan dengan menyediakan lounge (ruang istirahat) lapangan terbang yang lengkap dengan kemudahan seperti Wi-Fi berkelajuan tinggi, stesen pengecasan, dan pelbagai kemudahan tambahan seperti rawatan spa serta diskaun di bar dan restoran.

"Inisiatif ini melangkaui manfaat insurans perjalanan biasa yang dinikmati oleh pelanggan AirAsia, seterusnya meningkatkan pengalaman perjalanan tanpa kebimbangan.

"Selain daripada pampasan kewangan yang menjadi sebahagian daripada perlindungan Insurans Perjalanan AirAsia, pelanggan kini juga dapat menikmati keselesaan lounge lapangan terbang untuk memanfaatkan masa menunggu dengan lebih baik," katanya.

Ketua Pegawai EksekutifHow Kim Lian berkatapenangguhan perjalanan merupakan sesuatu yang tidak diingini, dan selalunya mencabarterutamanya apabila melancong dengan keluarga besar atau menguruskan jadual yang padat, lebih-lebih lagi semasa musim puncak seperti hujung tahun dan cuti sekolah.

“Inisiatif terbaharuini mencerminkan komitmen Tune Protect untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang berpaksikan pelanggan untuk para pengembara.

"Menawarkan akses ke lounge lapangan terbang ini merupakan titik permulaan dalam aspirasi kami untuk menjadi pemain yang relevan dalam ekosistem perjalanan di rantau ini,” kata How.

Syarikat itu berkata jika pelanggantidak menggunakan baucar akses ke lounge yang diberikan semasa penerbangan ditangguh, ia masih sah untuk digunakan sekali sahaja dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pengeluaran di mana-mana satu daripada 1,500 lounge lapangan terbang di seluruh dunia.