Trinity Group Lancar Projek Trinity Rainfora Dengan GDV RM388 Juta Di Puchong

47a9889d0980bca22135ffc25bb106c066d81e130c0fa

PUCHONG, 4 Sept (Iteenews) –Trinity Group memperkenalkan projek pembangunan mercu tanda terbaharunya, Trinity Rainfora dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM388 juta.

Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group Sdn Bhd Datuk Neoh Soo Keat berkata pembangunankondominium31 tingkat itu dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 0.97 hektar terletak di Bandar Kinrara 5, Puchong dan mempunyai 535 unit kediaman antara 68.66 meter persegi (m persegi) hingga 110 m persegi

“Dijadualkan siap pada 2028, harga bagi Trinity Rainfora bermula daripada RM530,000 untuk unit seluas 68.66 meter persegi. Trinity Rainfora menawarkan nilai yang tiada tandingan dalam pasaran semasa dan disasarkan kepada golongankelas menengah atas dan profesional muda,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran projek itu di sini, hari ini.

Sempena pelancaran itu,Trinity Groupjuga memperkenalkan Program ‘Gold Assurance’, menawarkan jaminan terbaikkepada pembeli rumah, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu, kata Neoh.

Selain itu, Neoh berkata program tersebuttermasuk tempoh liabiliti kecacatan selama 36 bulan, melangkaui standard industri selama 24 bulan.

“Waranti 10 tahun untuk kebocoran bumbung, melepasi perlindungan kebiasaan selama dua tahun dan waranti lima tahun untuk kerosakanjubin, kebiasaannya diberi waranti dua tahun,” katanya.

Neoh berkata Program ‘Gold Assurance’menjadidaya tarikan keranamenawarkan tahap keselamatan dan keyakinan yang lebih tinggi untuk pemilik rumah, memastikan bukan sahaja kualiti tetapi juga ketenangan fikiran.

“Menerusi program tersebut, Trinity Rainfora memberikan pembeli ketenangan fikiran dan nilai jangka panjang. Pembangunan itu bukan sahaja menawarkan ruang kediaman selesa, ia jugamencerminkan komitmen kumpulan ini terhadap kemampanan dan inovasi.

Trinity Rainfora berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kinrara BK5, jaraknya hanya 400 meter dan kawasan kediamanitu mempunyai akses jalan rayake Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), menyediakan banyak pilihan untukperjalananke Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *