Kredit: Stream Empire Holdings Sdn Bhd Kredit: Stream Empire Holdings Sdn Bhd
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Iteenews) — Tous les Jours, jenama utama syarikat makanan terkemuka di Korea Selatan, CJ Foodville, merancang untuk membuka lima cawangan di Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Stream Empire Holdings Sdn Bhd, pemegang francais utama jenama itu di Malaysia berkata rangkaian kafe kedai roti artisanal itu akan menumpukan kepada penubuhan cawangan baharu tahun ini terutamanya di Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Stream Empire Ho Soo Ling berkata cawangan pertama akan dibuka di Sunway Pyramid Mall menjelang suku kedua tahun ini dan cawangan kedua adalahdi Sunway Velocity Mall.
"Cawanganketiga hampir dimuktamadkan dan kami sedang mencari lokasi untuk yang keempat dan kelima, ia masih dalam rundingan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Induk Francais di sini hari ini.
Bagi prospek segmen makanan dan minuman di Malaysia, Ho menjangkakan segmen itu akan berkembang kerana rakyat Malaysia sanggup membelanjakan wang mereka untuk makanan.
Beliau berkata syarikat itu telah menjalankan banyak tinjauan dan percaya segmen ituterutamanya kafe bakeri artisanal adalah trend dalam kalangan golonganmuda.
Sementara itu, Ketua Wilayah Asia Tenggara CJ Foodville Jeong Soo Won berkata selepas mengukuhkan kehadirannya diASEAN seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Singapura, syarikat itu melihat Malaysia sebagai anggota negara ASEAN seterusnya untuk pengembangan perniagaan.
“Selain itu, pelanggan Malaysia menikmati gaya hidup yang hampir serupa dengan pelanggan Korea dansaya rasa ia sesuai kerana ia sihat dan sangat bergaya,” katanya.
Jeong berkataramai rakyat Malaysia dipengaruhi oleh budaya Korea kerana terdapat ramai peminat "hallyu" (gelombang Korea).