TNG Digital Lancar Ciri Tambah Nilai Baharu \’SOS Balance\’ Dalam eWallet

83329ff853da7d38cdfc7bf6ee02a98367921609a1028 b347b75ec514079cb0a3a3789915d26c67921632ea955

Kuala Lumpur, 23 Jan(Iteenews) –TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasiTNG eWallet iaitu SOS Balance, bagi memastikan pengguna yang tidak mempunyai bakimencukupi masih dapat melalui plaza tol.

Ia akan diperkenalkan kepada pengguna eWallet TNG terpilih mulai hari ini secara percuma, yang memberikan mereka tempoh 24 jam untuk menambah nilai eWallet dan menyelesaikan sebarang caj tol tertunggak.

Pengerusi TNG Digital Effendy Shahul Hamid berkata ciri percuma itu akan menyumbang kepada aliran trafik yang lebih lancar dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

"Punca utama pengguna terperangkap di plaza tol adalah kekurangan baki dalam akaun TNG e-Wallet mereka.

“Ciri baharu inimembenarkan pengguna yang layak tapi mempunyai baki yang tidak mencukupimelalui plaza tol, namun diwajibkan menambah nilai eWallet mereka dan membayar caj tertunggak itudalam masa 24 jam," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran SOS Balanceoleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Alan Ni berkata ciri itu pada ketika ini hanya tersedia kepada pelanggan setiakerana merekakurang berpotensi menyalahgunakannya.

“Kami amat menggalakkan pengguna membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam, tetapi secara praktikalnya, pembayaran masih boleh dibuat selepas tempoh tersebut," katanya sambil menambah bahawa TNG Digital bersedia menyerap potensikerugian.

Mengenai rancangan untuk melanjutkan perkhidmatan atau caj tempat letak kereta, Ni berkata syarikat itu perlu menilai prestasi, risiko dan potensi kerugian terlebih dahulu.

SOS Balance boleh digunakandi lebuh raya berdaya RFID dan PayDirect, dengan liputan semasa merangkumi 31 daripada 33 lebuh raya di seluruh Semenanjung Malaysia.