KUALA LUMPUR, 27 Ogos(Iteenews) –Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memeteraiperjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Prai Power Sdn Bhd, dan Panglima Power Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkataPrai Power akan terus mengendalikan dan menyelenggara loji janakuasaturbin gas kitaran gabungan (CCGT)350 megawatt (MW) diSeberang Prai Tengah, Pulau Pinang, dalam kawasan Stesen Janakuasa Prai manakala Panglima Power akan terus mengendalikan dan menyelenggara kemudahan CCGT 710MW diTeluk Gong, Alor Gajah, Melaka.
Menurut makluman itu, PPA itu menetapkan pihak-pihak untuk menjual dan membelitenaga yang dijana daripadakemudahan itu selama setahun dengan pilihan untuk pelanjutantambahan setahun (tertakluk kepada keperluan sistem) dari tarikh operasi komersial.
Ia dijangka beroperasi 1 Sept ini bagiPrai Power dan 15 Sept untuk Panglima Power,mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dan ditetapkan dalam PPA masing-masing.
TNB berkatapemeteraian PPA itu tidak akan menjejaskan modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham pemegang saham utama TNB, serta tidak akan menjejaskan pendapatan TNB sepanjang tempoh PPA memandangkan kos penjanaan telah diluluskan sepenuhnya di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Malakoff Corporation berkata kemudahan yang akan beroperasi bermula1 Sept itu akan memastikan bekalan tenaga yang stabil dan boleh dipercayai bagi memenuhi permintaan semasa yang semakin meningkat sambil mengukuhkankeselamatan tenaga dengan margin rizab yang selamat dan mencukupi.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata pelaksanaan PPA baharu untuk Loji Janakuasa Prai ini adalah penyelesaian paling berdaya maju dari segi ekonomi dan terpantas untuk menyokong grid nasional sambil membolehkan kilang itu meneruskan operasinya dalam baki hayat perkhidmatannya.
— BERNAMA