TMK Chemical Beli Tanah Di Singapura Pada Harga RM48.99 Juta

b3eb5a9e0a9aaece9770fb27dac010e367d2b49d1ff60TMK Chemical

KUALA LUMPUR, 13 Mac(Iteenews) –TMK Chemical Bhd (TMK) menerusi anak syarikat milik penuhnya,Chlor-Al Chemical Pte Ltd (CAL) akan membeli sebidang tanah di Singapura daripadaChin Yuan Metal Pte Ltd (CYM) pada hargaS$14.80 juta(S$1 = RM3.31).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TMK berkata CAL menerima surat tawaran daripada CYM bertarikh 4 Mac, 2025 pada 13 Mac, 2025.

Katanya, sebidang tanah pegangan pajakan itu terletak di Tuas Street dan ia termasuk kilang berkembar berukuran standard dengan pejabat di tingkat mezanin.

“Kecuali berlaku sesuatu yang tidak dijangka, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku pertama 2026,” katanya.

TMK berkata cadangan pengambilalihan akan memudahkan hasrat TMK dan syarikat subsidiarinya untuk mengembangkan operasinya ke Singapura.

“Cadangan pengambilalihan ini tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan TMK mahupun pegangan saham utamapemegang saham TMK dalam syarikat kerana ia tidak melibatkan terbitan saham dalam TMK.

“Ia juga dijangka tidak mempunyai kesan material ke atas aset bersih, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang TMK Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 tetapi ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan akan datang TMK Group,” katanya.

— BERNAMA