Tinjauan Alliance Bank: Kesedaran Terhadap ESG Dalam Kalangan PKS Naik 60 Peratus

64b5e3f16e21bda57106648a8c880021673485d8dc6eb

SUBANG, 21 Jan(Iteenews) — Kesedaran terhadap penerapan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia meningkat enam kali ganda, daripada 14 peratus kepada 80 peratus dalam tempoh dua tahun ini.

Pendedahan oleh Laporan ESG 2.0 yang dijalankan olehAlliance Bank Malaysia Bhd itu mencerminkan pengiktirafan ketara PKS terhadap kepentingan kemampanan dalam landskap perniagaan yang kompetitif hari ini.

Ketika pelancaran laporan itu hari ini,Ketua Pegawai Eksekutif bankKellee Kam menekankan komitmen pihaknya untuk memperkasakan PKS dalam peralihan ke arah kemampanan, memandangkan PKS berperanan penting dalam ekonomi Malaysia,terutamanya dalam memacu pekerjaan dan mengukuhkan rantaian bekalan.

"Ia bukan hanya sebagai keperluan pematuhan, tetapi sebagai pemacu pertumbuhan, inovasi dan daya saing global,” katanya.

Laporan ESG pertama bank itu turut merangkumi pembangunan rangka kerja bagimembimbing PKS melalui setiap peringkat perjalanan ESG mereka,daripada meningkatkan kesedaran, melaksanakanstrategi yang berkesan dan mengakses pembiayaan mampan.

"Dengan pengenalan Pendekatan 3A Alliance Bank iaituadvokasi, nasihat dan jawapan, penerapan ESG ini dalam kalangan PKSbukan lagi sekadar memenuhi keperluan pematuhan.Ia adalah permintaan yang dipacu pasaran, dengan kemampanan menjadi faktor utama dalam rantaian bekalan global dan pasaran eksport,” kata Kam.

Sejak memulakaninisiatif kemampanannya, Alliance Bank memperuntukkanlebih RM15 bilion untuk menyokong projek berkaitan ESG, dengan kerjasama kukuh rakan kongsi perniagaan, termasuk agensi kerajaan, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Kam menekankan kepentingan memupuk amalankemampanan bukan sekadar untuk memenuhi keperluan kawal selia, tetapi tentangmemahami, mengambil berat, dan memberikan impak untuk tujuan yang lebih bermakna.

“Dengan saling bekerjasama, kami boleh memastikan PKS Malaysia bersedia untuk berkembang maju dalam pasaran yang berdaya saing dan berfokuskan kemampanan,” katanya.