Kredit : TikTok Kredit : TikTok Kredit : TikTok
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Iteenews) — Platform e-dagang berasaskan kandungan terkemuka, TikTok Shop baru-baru ini mengumumkan pelancaran ciriAffiliate Link terbaharunya di Malaysia, menjelang kempen Jualan Akhir Tahun 12.12 dari 9 hingga 13 Dis ini.
TikTok Shop dalam kenyataan memaklumkan inovasi baharu itu akan memberi lebih fleksibiliti kepadalebih dua juta penciptaaffiliate tempatan di platform ituuntuk memperoleh komisen denganmenyokong penjual untuk terus berkembang.
Ketua Komunikasi Pemasaran TikTok Shop MalaysiaNur Aisya Rosly berkata ciri baharuAffiliate Link itu mengurangkan halangan bagi kemasukan harian untuk rakyat Malaysia meraih pendapatan sebagai pencipta kandungan.
Sebagai tambahan kepada formatAffiliate Collaborationsedia ada iaitu melalui kandungan dalam aplikasi dan fungsi beg kuning yang ikonik, beliau berkata pencipta kandungan kini boleh memperluaskan jangkauan mereka di luar platform untuk mempromosikan penjual TikTokShop melaluiAffiliate Link,dan ciri tersebut terbuka kepada semua pencipta kandungan tempatan di platform tanpa mengira jumlah pengikut mereka.
“Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi lebih 96 peratus daripada 1.3 juta penjual di Malaysia juga akan mendapat manfaat daripada ciri baharu ini.
“Dengan membolehkan pencipta tempatan kami mempromosikan produk di luar platform secaramudah,kami mewujudkanekosistem perdagangan sosial yang lebih inklusif dan terintegrasi untukusahawan tempatan dan jenama buatan Malaysia mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik.
“Kami juga menggalakkan pencipta kandungan yang baru bermula mahupun yang telah berpengalaman diTikTok Shop untuk mencuba ciri baharuAffiliate Link semasa kempen Jualan Akhir Tahun 12.12 yang sangat dinantikan ini,” katanya.
Untuk layak menggunakan Affiliate Link, pencipta kandungan perlu menyertaiProgramAffiliatemelaluilamanprofilTikTok mereka(TikTok Studio > TikTok Shop for Creator > Enable Affiliate).
Kenyataan itu juga memaklumkan, pencipta kandungan boleh menghasilkanAffiliate Link secara terusdalam aplikasi TikTok Shop selepas memilih produk yang layak bagiProgramAffiliateuntuk dipromosikan.