Tiga Masjid Utama JAKIM Adakan Solat Hajat, Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

Kredit : Reuters

PUTRAJAYA, 23 Mei (Iteenews) — Tigamasjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyatPalestin.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyeru rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus dilanda situasi tragik.

“(Rakyat Palestin)saban hari dizalimi serta diserang dengan kejam tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAKIM konsisten dalam menyokong pendirian Kerajaan MADANIyang tegas membela kedaulatan negara umat Islam, khususnya Palestinserta terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

“Adalah diseru agar umat Islam bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana serta pembebasan bumi al-Quds.Semoga dengan usaha sekecil ini akan dipandang tinggi di sisi Allah SWT,” katanya.

— BERNAMA

Ad Banner