Tidak Mustahil Sri Pahang Mampu Cipta Magis Final Piala Malaysia – Zainal Abidin

Datuk Zainal Abidin Hassan

PETALING JAYA, 18 Mac (Iteenews) –Pasukan Sri Pahang FC mampu melakar kejutan terhadap juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia 2024-2025 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April ini.

Bekas pengendali skuad Tok GajahDatuk Zainal Abidin Hassan berkata prestasi pasukan dari Pantai Timur itu amat menyerlah pada kempen Piala Malaysia kali ini selain menjangkakan pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu akan bermain tanpa tekanan menentang gergasi bola sepak tanah air itu nanti.

“Memang kita tidak nafikan kekuatan yang ada pada JDT, tetapi saya rasa Pahang akan memberi saingan yang baik dan sengit pada perlawanan akhir.

“Bola itu bulat, kita pernah lihat banyak elemen kejutanberlaku, memanglah JDT tidak mahu apa yang terjadi pada final 2014 berulang kembali dan mereka akan lebih berhati-hati. Bagi Sri Pahang, mereka tetap akan buat kejutan dan iapeluang pemain untuk menyinar padafinal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media anjuran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di sinimalam tadi.

Kali terakhir Sri Pahang menjulang Piala Malaysia adalah pada 2014 ketika berada di bawah kendalian Zainal Abidin dengan menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

<!––>

Juara empat kali itu menamatkan penantian lebih sedekad mara ke pentas final saingan berprestij bola sepak tempatan dengan menundukkan Sabah FC 3-2 secara agregat manakala JDT pula mudah mengetepikan cabaran Terengganu FC 6-1 secara agregat.

Sementara itu, legenda bola sepak negara berkenaanberharap agar spekulasi ketiadaan Sri Pahang pada Liga Super musim depan tidak menjejaskan fokus para pemain menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini.

Beliau berkata kancah bola sepak tempatan akan mengalami satu kerugian besar seandainya pasukan lamanya tidak beraksi pada Liga Super 2025-2026.