Tiada Integriti, Manipulasi Kewangan Mampu Lenyapkan Kekayaan Syarikat – Pakar

6b6d5188020392e4006a07fba9305184677e258f0e915 9fdb6984a0530cd2ed23cd083f739ac1677e4d7f2293e Bekas akauntan bertauliah, Panirselvam Ayadurai (kiri) dan anak perempuannya, Gayatri Panirselvam (kanan) menghasilkan bersama buku perakaunan setebal 428 muka surat bertajuk “Essentials of Financial Accounting”.

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Jan(Iteenews) — Seorang bekas akauntan bertauliah dengan kepakaran serta pengalaman luas dalam sektor swasta, mengingatkan keuntungan besar serta kekayaan diraih sesebuah syarikat mampu dimusnahkan aktiviti penipuan serta manipulasi kuasa oleh mereka yang tidak jujur.

Panirselvam Ayadurai berkata individu tiada integriti yang berada dalam kedudukan tinggi dan mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kedudukan dengan memperdaya pihak lain dalam organisasi untuk menerima atau memperakuitransaksi tidak sah dan menggunakan aliran tunai bagi kepentingan kewangan mereka.

“Para pemegang saham akan rugi sekiranya amalan tidak beretika ini tidak dihapuskan daripada sistem syarikat,” katanya kepada Iteenews di sini, hari ini.

Beliau yang juga seorang pensyarah, berkata demikian selepas pelancaran buku bertajuk “Essentials of Financial Accounting”.

Buku perakaunansetebal 428 muka surat itu dihasilkan bersama oleh Panirselvam dan anak perempuannya,Gayatri Panirselvam.

Panirselvam berkata antara bukti penipuan korporat termasuk pembelian aset yang tidak wujud secara fizikal atau nyata danhanya wujud di atas kertas namun dianggap sebagai aset syarikat.

Sebagai contoh, kewujudan sebuah kereta yang pendaftarannya berkemungkinan bukan di atas nama syarikat sebaliknya di bawah pegangan individu tanpa sebarang kuasa yang sah.

Merujuk skandal kewangan besar-besaran yang menumbangkan syarikat terkemukaEnron dan WorldCom di Amerika Syarikat (AS) selain skandal sama turut berlaku di Malaysia, beliau berkata etika dalam perakaunan kewangan itu adalah penting bagi melindungi kekayaan pemegang saham selain meningkatkan lagi nilai saham.