TGIF Malaysia Tidak Terjejas Dengan Penyusunan Semula TGIF Inc

c3a936f606121303ecba3b55be67c48b6728cf0a4dce1TGI Fridays (Kredit: Reuters)

KUALA LUMPUR, 4 Nov(Iteenews) –TGI Fridays (TGIF) Malaysia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa restoran francais tempatan itukekal beroperasi sepenuhnya dan tidak terjejas oleh pemfailan Chapter 11(bankrap)oleh TGIF Inc. di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari iniTechna-X Bhd berkataanak syarikat milik penuhnya Craveat International Sdn Bhd, pemegang francais induk dan pemaju TGIF Malaysia, mengesahkan operasinya kekal stabil serta bakal membuka cawangan baharu tidak lama lagi.

TGIF Malaysia merancang untuk membuka cawangan baharu di Mid Valley Megamall pada November 2024, membuka semula cawangan Sunway Pyramid pada Disember 2024 dan melancarkan cawangan baharu di Putrajaya menjelang separuh pertama 2025

Craveat International beroperasi di bawah perjanjian francais dengan TGI Fridays Franchisor, LLC, yang berasingan daripada TGIF Inc. dan tidak terjejas oleh penstrukturan semula syarikat di AS itu.

“TGI Fridays Franchisor, LLC telah memfrancaiskan jenama itu kepada 56 pemegang francais di 41 negara. Lokasi francais ini, domestik dan antarabangsa, dimiliki secara bebas dan tidak termasuk dalam proses Chapter 11 TGIF Inc” kata Techna-X.

TGIF Inc. yang menyelia 39 restoran milik korporat di AS, memfailkan perlindungan Chapter11 pada 2 Nov, 2024, di Dallas, Texas. Pemfailan ini membolehkan TGIF Inc. menyusun semulaoperasi kewangannya untuk memastikan kestabilan jangka panjang.

“Pemfailan itu hanya melibatkan restoran milik korporat di AS, manakala lokasi francais lain di seluruh dunia tidak terjejas," kata kenyataan itu.

Untuk memastikan kesinambungan bagi francaisi di seluruh dunia, Techna-X berkata TGI Fridays Franchisor, LLC telah melaksanakanperjanjian perkhidmatan peralihan untuk mengekalkan perkhidmatan sokongan dalam tempoh ini bagi memastikanoperasi francais, termasuk di Malaysia, diteruskan tanpa gangguan.

— BERNAMA