Tesla Diharap Teruskan Pelaburan Di Selangor – Menteri Besar

2ef9a12d4ea2977d054740f26c36f29866bb33eddbcf6 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 13 Ogos (Iteenews) — Kerajaan Selangor mengalu-alukan Tesla Inc meneruskan rancangan pelaburan di negeri itu pada masa hadapan khususnyaberkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembukaan pusat servis kenderaan elektrik (EV).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkatapelawaan itu seiring dengan hasrat pemilik Tesla Elon Musk yang dilaporkan mahumeluaskan pasaran syarikat tersebut di rantau Asia.

Beliau berkata setakat ini syarikat gergasi industri kenderaan elektrik itu sudah menjalankan beberapa cabang operasi di Selangor iaitu pembukaan ibu pejabat di Cyberjaya selain membuka pusat pengecasan.

“Ibu pejabat dan pusat-pusat pengecasan sudah ada. Pusat servis mungkin mereka akan buka selepas ini sebab mereka hendak luaskan pasaran di Asia,” katanya ketika diminta mengulaslaporan yang mendakwa Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Thailand baru-baru ini.

Setakat ini, Tesla telah membangunkan empat pusat pengalaman (ruang khas untuk pelanggan) di Malaysia dan syarikat automotifmultinasional itu juga telah melepasi sasaran untuk memasang 50-unit pengecas apabila telah membangunkan 52-unit pengecas segera dengan kapasiti melebihi 180 kW di pelbagai tempat di Lembah Klang, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2024, Amirudin berkata kemasukan pelabur dalam sektor semikonduktor agak luar biasa, kerajaan negeri kini bersedia membangunkantaman reka bentuk litar bersepadu (IC) kedua berikutan kuota taman IC pertama dijangka penuh dalam masa terdekat.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *