Terperdaya \’Phone Scam\’, Pesara Rugi Lebih RM100,000

KUALA TERENGGANU, 20 Feb (Iteenews) — Seorang pesara berputih mata apabilawang simpanan dan pinjaman peribadinya sebanyak RM108,000 lesap setelah ditipu sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 10 Jan lepasmangsa seorang wanita berusia 61 tahun telah dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil insurans.

Beliau berkata suspek mendakwa kononnya nama mangsa telah disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab bagi urusan tuntutan insurans sebanyak RM63,000.

"Panggilan telefon itu kemudiandisambungkan kepada individu kononnya anggota polis.

"Suspek mendakwa satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mangsa atas kesalahan pengubahan wang haram. Mangsa diarah membuka akaun baharu di sebuah bank tempatan dan berkongsi maklumat perbankan dengan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata wanita ituyang ketakutan dan panik telah memindahkan wang berjumlahRM45,000 daripada akaun Tabung Haji miliknya ke akaun baharu itu.

Dia turut membuat pinjaman peribadi sebanyakRM50,000 dan dipindahkan ke akaun baharu seperti diarah suspek kononnya bagi membersihkan nama dan mengelak ditangkap.

"Mangsa kemudianmembuat tiga lagi transaksi berjumlah RM13,000 ke dua akaun berbeza menjadikan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM108,000,” katanya.

Beliau berkata wanita itumembuat laporan polis petang semalam setelah menyedari ditipu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.