Kredit : UPM Kredit : UPM
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Iteenews) — Terkesan dengan kehilangan ayahnya dalam kemalangan jalan raya tiga tahun lepas,Intan Izzlyanie Abd Hamid berusahabangkit untuk menamatkan pengajiandi Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Anugerah Graduan Kelas Pertama.
Graduanberusia 24 tahun itu menerimaIjazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48 Sidang 2 yang berlangsung hari ini.
Berkongsi kisahnya,Intan Izzlyanie berkata ayahnya Abd Hamid Osman sentiasa memberikan galakan untuk dia cemerlang dalam pelajaran hingga berjaya mendapat Anugerah Kepujian Dekan ketika semester satu dan dua pengajian.
Justeru, dia berkata kemalangan kereta yang meragut nyawa bapanya pada2021 memberikan kesan amat mendalam dalam hidupnya.
“Waktu itusaya berada dalam fasa kemurungan yang amat teruk hingga saya hilang semangat untuk belajar. Penyokong nombor satu saya dah tiada, jadi kenapa saya perlu belajar?
“Saya lemah sangat pada waktu itu, saya tidak mahu bergaul,bercakap mahupunkeluar bilik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan UPM selepas majlis konvokesyen itu.
Intan Izzlyanie berkata dia kembali bersemangat setelah ibunyamengingatkan tentang segala usaha arwah ayah ketikahayatnya.
“Saya tak nak sia-siakan usaha abah…jadi, saya terpaksa merubah cara pemikiran saya kepada yang lebih positif supaya saya dapat menjadi graduan kelas pertama,” kataanak ketiga daripada empat adik beradik itu.
Intan Izzlyanie berkatakejayaannya hari ini adalah hadiah terbesar yang mampu diberikan buat arwah ayahnya.