Teliti Semula Pengelasan Pendapatan Isi Rumah Bagi Elak Keciciran Subsidi Petrol

6040171c193e81fe6f5d13725203a88e671631582f8a3 Datuk Mohd Shahar Abdullah–fotoBERNAMA 796a6de1f70306bbaab8446d3009d4bc6716234f013f2 –fotoBERNAMA (2024)

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Iteenews) — Kerajaan diminta meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan dan subsidi petrol, kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) hari ini.

Pengerusinya Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata terdapat kemungkinan berlakunya keciciran dan kekeliruan jika masih berlandaskan kepada penggunaan model kelas pendapatan yang lama.

"Saya memohon agar kerajaan tidak mengambil pendekatan pengelasan pendapatan isi rumah mengikut model lama kerana ia akan menyebabkan keciciran kepada mereka yang sepatutnya menerima bantuan (dan) subsidi petrol.

"Mereka akan terasing daripada menerima subsidi ini," katanya kepada Iteenews di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Shahar berkata demikian ketika ditanya mengenai kegusaran rakyat terhadap definisi kategori isi rumah T15 yang tidak akan menerima manfaat subsidi petrol pada tahun hadapan.

Jelasnya lagi, keluh kesah rakyat mengenai pengelasan pendapatan isi rumah T15 yang disuarakan di semua platform khususnya di media sosial turut akan diberi perhatian dengan membawa suara mereka melalui wakil rakyat bagi dibahaskan di Parlimen.

Mengulas lanjut mengenai kaedah pelaksanaanya kelak, Mohd Shahar berkata pelbagai sumber daripada medium tempatan seperti kajian yang dibuat oleh institut pengajian tinggi (IPT) juga boleh dijadikan sebagai garis panduan selain melihat kepada indeks kemiskinan multidimensi untuk diteliti.

"Kemiskinan Multidimensijuga perlu diambil kira kerana kita tidak hanya boleh berasaskan kepada gaji, tetapi tanggungan juga perlu diambil kirakerana jangan ada yang tercicir daripada bantuan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *