Tarif AS: Masalah Dicipta Sendiri, Gugat Ekonomi Global

d9bd2b30f8f554619a304a0b6d9a836567638ebae20adGambar fail

Oleh Sukudhew (Sukhdave) Singh

KUALA LUMPUR, 6 April(Iteenews) –Tarif baharuAmerika Syarikat (AS) yang lebih tinggidan langkahtindak balas yang tidak dapat dielakkan, adalah pendekatan perdagangan yang berbahaya dan tersasar.

Tidak seperti rundingan dua hala yang lebih bersasar, tarif yang tinggiini mendatangkan kerosakan lebih meluas terhadap ekonomi. Dakwaan "timbal balik" adalah satu tipu daya; lebihan perdagangan tidak semestinya sama dengan manipulasi.

Kejatuhan Ekonomi: Ancaman Besar kepada Global

Tarif ini akan membantutkan pertumbuhan global, menaikkan harga, dan memburukkan lagi pengangguran, memudaratkan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah secara tidak seimbang, termasuk mereka yang berada di AS. Ini adalahstrategi klasik "memapakan jiran"yang bertujuan untuk meningkatkan permintaan dan pengeluaran domestik mereka sendiri namun dengan caramengorbankan rakanperdagangan.