Kredit: Taobao Kredit: Taobao Kredit: Taobao
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Iteenews) –Taobao Malaysia memperkenalkan pelbagai penambahbaikanperkhidmatan baharu bagi memudahkan lagi pembeli Malaysia membeli belah rentas sempadan dengan lancar.
Disesuaikan dengan penambahbaikandaripada navigasi aplikasi hingga kepada penghantaran, platform tersebut menawarkan ciri seperti penghantaran terus dan percuma, dengan 92 peratus produk layak untuk penghantaran terus ke rumahdan pesanan bernilai lebih 199 renminbi layak untuk penghantaran percuma.
“Barang yang dihantar terus boleh sampai dalam tempoh lima hari. Kami kini menawarkan ratusan juta baranganyang layak untuk penghantaran percuma,” kata Jess Lew, Pengurus Negara Tmall Taobao World, Malaysia.
Beliau berkata dengan penambahan antara muka bahasa Inggeris, Taobao Malaysia juga memecahkan halangan bahasa dan menghapuskan tanggapan bahawa membeli-belah di luar negara adalah rumit.
Antara muka menyediakan penerangan produk secara terperinci dalam bahasa Inggeris yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), anggaran harga dalam Ringgit Malaysia dan susun atur yang mesra pengguna.
Sokongan pelanggan kini tersedia dalam bahasa Inggeris dan Cina, khusus untuk pengguna Malaysia.
“Dalam beberapa minggu sahaja selepasmemperkenalkan antara muka aplikasi berbahasa Inggeris, pengguna ciri baharu ini sudah menyumbang kira-kira 20 peratus daripada pengguna baharu Taobao Malaysia.Ini menunjukkanpermintaan tinggi terhadapproduk yang dihoskan oleh platform kami dalam kalangan penutur bahasa Inggeris di sini,” kata Lew.