Kredit: IPD Cameron Highlands
KUANTAN, 6 Jan (Iteenews) — Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.
Ketua Polis DaerahCameron Highlands DSP Azri Ramli berkatatiada kehilangan nyawa atau harta bendadalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
“Kejadian itu mengakibatkan laluan di kedua-dua arah terhalang, namun kerja-kerja pembersihan giatdijalankan,” katanya ketika dihubungi Iteenews hari ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands memaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berada di lokasi kejadian bagi memantau dan menghantar bantuan anggota.
Menurut sekretariat itu,laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan, Lipis dan Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.
— BERNAMA