Takaful Ikhlas Rekod Agihan Lebihan Tertinggi Sebanyak RM6.3 Juta

99bcc9c08f3b9a32ded9e7b79c4f031a67dc191e55dd8

KUALA LUMPUR, 20 Mac(Iteenews) –Takaful Ikhlas General Bhd, anak syarikatmilik penuhMNRB Holdings Bhd, merekodkan agihan lebihan tertinggi sebanyak RM6.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024.

Dalam satu kenyataan, Takaful Ikhlas berkata lebihan yang dijana daripada Dana Risiko Peserta(PRF) syarikat itu memberi manfaat kepada kira-kira 1.1 juta peserta yang layak.

Presiden Interim dan Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanDatuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap daya tahan kewangan dan pengurusan risiko yang bertanggungjawab.

“Agihan lebihan ini mengesahkan komitmen Takaful Ikhlas terhadapdan amalan perniagaan bertanggungjawab dan beretika sejajar dengan nilai teras model takaful, yang berasaskan kerjasama bersama dan tanggungjawab kewangan bersama.

“Dengan pengagihan lebihan ini, kami bukan sahaja memenuhi komitmen kami tetapi juga mengukuhkan nilai asas takaful iaitu ketelusan, keadilan dan sokongan bersama,” katanya.

— BERNAMA