Synthomer Labur Lebih RM1.4 Bilion Di Johor Dalam Tempoh 20 Tahun – Tengku Zafrul

6a4ef9f81bc55f2cefd0651d99b539fd67d00aa031bd6kredit: FB Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Iteenews) — Synthomer, peneraju industri bahan kimia khas, telah melabur lebih RM1.4 bilion dalam tempoh 20 tahun operasinya diJohor, membangunkan teknologi baharu dan menyokong rantaian bekalan industri sarung tangan serta sektor lain.

Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dengan pelaburan baharu, syarikat tersebut kini komited untuk menaik taraf operasi dan memperkenalkan teknologi hijau.

“Kerjasama seperti ini memperkukuh daya saing Malaysia dalam sektor kimia global dan mendukung aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) ke arah pertumbuhan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalamhantaran media sosialnya hari ini.

— BERNAMA