Syarikat Usaha Sama Gamuda terima Surat Notifikasi Projek Hidroelektrik Di Sabah

42a2b82ad7199f1abbe61d14714d928c65ea7be923d4a

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Iteenews) — Gamuda Bhd (Gamuda) melalui syarikat usaha samanya menerima surat pemberitahuandaripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) bagi projek Hidroelektrik Ulu Padas diSabah.

Gamuda dalamkenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat menjelaskan projek itu akan dibangunkan oleh Upper Padas Power Sdn Bhd (UPPSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh UPP Holdings Sdn Bhd.

UPP Holdings ialahsyarikat usaha sama antara Gamuda dengan 45 peratus kepentingan ekuiti,Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (40 peratus) dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd (15 peratus).

Menurut Gamuda,UPPSB akan mereka bentuk, membina dan mengendalikan projek Hidroelektrik Ulu Padas berdasarkan perjanjian pembelian tenaga selama 40 tahun yang akan dimeterai dengan Sabah Electricity SdnBhd.

Dalam kenyataankepada Bursa Malaysia, Gamuda menjelaskansetelahsiap, projek itu dijangka menjana pendapatan lebih RM400 juta setahun.

Projek Hidroelektrik Ulu Padas terletak di daerah Tenom dan Sipitangdengan kapasiti terpasang 187.5 Megawatt (MW), menjana purata 1,052 Gigawatt sejam (GWj) tenaga bersih setiap tahun.

“Projek Hidroelektrik Ulu Padas dijangka mencapai tarikh operasi komersial berjadual (SCOD) padaakhir 2030.

"Loji solar terapung hibrid itu akan disepadukan dengankawasan takungan,” tambahnya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *