Syarikat Penerbangan Asia-Pasifik Catat Peningkatan Kargo Udara 17.6 Peratus

bd31a7a4ce74780051e5db443eaa15a55e4f99fc0c692

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Iteenews) — Kalangan syarikat penerbangan Asia-Pasifikmencatatkan peningkatan permintaan kargo udara sebanyak 17.6 peratus tahun ke tahun pada Julai 2024, tertinggi antarasemua rantau.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA)menjelaskanpermintaan, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer(CTK), di laluan perdagangan dalam lingkungan Asia meningkat 19.8 peratus tahun ke tahun.

Laluan perdagangan Eropah-Asia, Timur Tengah-Asiadan Asia-Afrika masing-masing meningkat 17.9 peratus,15.9 peratusdan 15.4 peratus, tambahnya.

“Kapasi­ti (diukurdalam CTK tersedia (ACTK) meningkat sebanyak 11.3 peratus tahun ke tahun,” jelas IATAdalam kenyataan pada Rabu.

Di peringkat global, keseluruhan permintaan kargo udarameningkat sebanyak 13.6 peratus pada Julai 2024 berbanding paras Julai 2023 (14.3 peratus bagi operasi antarabangsa).

“Julaimerupakanbulan kelapan berturut-turut merekodkan peningkatan dua digit tahun ke tahun,dengan semua peringkat meningkat kepada paras yang tidak dilihat sejak rekod tertinggi pada 2021,” tambahnya.

Menurut IATA kapasiti pula meningkat sebanyak 8.3 peratus berbanding Julai 2023 (10.1 peratus bagi operasi antarabangsa).

Prestasi itu sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan kapasiti ruang kargo antarabangsa, yang meningkat sebanyak 12.8 peratus susulan kekukuhan pasaran penumpang, dan menyeimbangkan kapasiti kargo antarabangsa yang meningkat6.9 peratus, tambahnya.

Ketua PengarahIATAWillie Walshberkata permintaan kargo udara mencapai paras tertinggi pada Julai bagi 2024 setakat ini,dengan pertumbuhan kukuh di semua rantau,meraih manfaat daripada pertumbuhan perdagangan global, e-dagang yang berkembang pesat, dan kekangan kapasiti yang dialamipengangkutan maritim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *