Syarikat Multinasional Antarabangsa Digalak Bekerjasama Dengan PKS Tempatan

a01a956548b0be5047746d2bc7205c086719144629d8e–foto Ministry of Energy Transition and Water Transformation

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Iteenews) — Syarikat multinasional antarabangsa yang melabur di Malaysia digalakkan untukbekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, kataTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillahyang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata dasar perolehan negara untukprojek kerajaanmemang mengutamakan produk tempatan, tetapi dalam pelaburan antarabangsa, kerajaan tidak meletakkan syarat itu sebagai satu kewajipan.

“Memang kita menggalakkan (ambil produk tempatan). Walaupun bukan kewajipan, tetapi saya kira minat mereka sekarang ini sudah pasti dari segi ekonomi pun lebih mudah, lebih kompetitif kalauambil daripada sumber tempatan.

“SekarangKementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)memang memainkan peranan untuk pelabur luar digiatkan bersamapemain industri tempatan dalam segala bidang termasuk perkhidmatan.

“Dalam perolehan kerajaan, ia adalah wajib, dalam pelaburan pula kita tidak boleh letakkan syarat itu sebagai kewajipan nanti mereka tidak akan datang melabur di Malaysia jika melihat perkara itu sebagai satu sekatandan kebebasan mereka,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Pan Pasifik Malaysia malam ini.

Beliau berkata kerajaan mengadakan libat urus dengan pelabur supaya mereka dapat memahami dan sudah pasti mereka akan mencari rakan kongsi tempatanyang berwibawa.

Dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam, bekas Menteri KewanganLim Guan Eng menggesa kerajaan mewajibkan pelabur dan kontraktor asing yang memenangi tender kerajaan serta swasta di Malaysia membeli bekalan atau bahan mentah daripada PKS tempatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata Indonesia sudah mewajibkan pelabur dan kontraktor asing untuk memperoleh 70 peratus bekalan mereka secara tempatan.

Bagaimanapun, Guan Eng mencadangkan kadar yang lebih rendahiaitu 50 peratus, dengan pengecualian hanya jika barangan tersebut tidak tersedia secara tempatan.