Syarikat Korporat Diminta Bantu Industri Kreatif, Pacu Program Geran Padanan – Fahmi

a03f575b224b2c0012ae4447a72848e866d6fcceeb510 00ad9cfe795380e3f9defa29dd27040366d6fcb049a8e

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Iteenews) — Syarikat-syarikatkorporat diharap terus membantu, khususnya menerusi program geranpadanan bagi memastikan industri kreatif terus menyumbang kepada sektor itu serta ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Seiring usaha itu, beliau mengalu-alukan program seperti penyediaan 50 peratus dana oleh pihak kerajaan di bawah MyCreative Ventures dengan 50 peratus lagi disumbangkan oleh pihak korporat.

Sambil menyifatkan skim berkenaan sebagaisatu model positif, beliau berkatapara artis akan turut mendapat bantuan untuk mengusahakan karya-karya kreatif yang memberi impak kepada kepada ekonomi kreatif.

“Sayaberharap lebih ramai rakan-rakan korporat akan tampil membantu dan sebagai bekas penggiat seni, saya lihat industri seni sememangnya memerlukan bantuan.

“Kita juga berharap lebih ramai mendapat manfaat melalui program geran padanan yang diusahakan oleh pihak MyCreative Ventures ini,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan pelancaran Kempen ‘Kita Bagi Jadi’ oleh CIMB Bank Bhd (CIMB) di sini, hari ini.

Kempen penjenamaan baharubersempena ulang tahunCIMB Malaysia ke-100 itubertujuan menyebarkan semangat positif selain memupuk daya tahan dalam kalangan rakyat negara ini.

Ia turut menampilkan jaguh sukan tanah air Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan S. Sivasangari sebagai ikon dalam kempen berkenaan.

Selain itu,CIMB juga komited dalam memainkan peranan pemangkin pembangunan anak muda Malaysia menerusi kerjasama dengan Orkestra Belia Filharmonik Malaysia (MPYO).

Menerusi perjanjian selama setahun, CIMB dan MyCreative Ventures menjadi rakan kongsi MPYO yang turut melibatkan kem muzik,konsert dan seterusnya festival Rock n' Riuh MyCreative Ventures pada Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *