Syarikat Jepun Berminat Dalam Projek Dekarbonisasi Di Malaysia

adbf4a94a791aa16c8d38da56216e5bb67e8baecdc004Koichi Takano

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Iteenews) –Syarikat Jepun berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mampan lanjutan dalam inisiatif penyahkarbonan Malaysia, kataPertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.

Pengarah Urusannya,Koichi Takano berkata ia boleh jadi dalam bentuk teknologi alam sekitar dan infrastruktur.

Jetro menyasar untuk memudahkan perkongsian ini antara syarikat tempatan dan Jepun menerusiplatform Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (AZEC) dalam neutraliti karbon/pelepasan karbon sifar bersih melibatkan 11 negara termasuk Malaysia dan Jepun, katanya.

“Jika mekanisme pengkreditan bersama (JCM) yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbondipersetujui antara Jepun dan Malaysia, jumlahprojek penyahkarbonan dan pelaburan oleh syarikat Jepun dijangka terus meningkat,” kata Takano dalam temu bual eksklusif dengan Iteenews.

Semasa lawatan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba ke Malaysia tahun ini, beliau berkata Jepun berhasrat untuk mempercepatkan perbincangan dan menandatangani JCM dengan Malaysia secepat mungkin.

JCM, melalui penggunaan teknologi penyahkarbonan terkemuka dan kredit karbon akan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan menyumbang kepada pembangunan mampan.

“Susulankepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada 2025, ia sudah bersedia untuk menerajui usaha pembangunan mampan di seluruh rantau dalam inisiatif penyahkarbonan,” kata Takano.

Semasa lawatan Ishiba ke Malaysia, kedua-dua negara menyatakan hasrat untuk menggalakkan kerjasama dalam pemerangkapan, penggunaandan penyimpanan karbon dioksida (CCS), penjanaan tenagaammonia dan grid tenaga, kerjasama teknikal dalam penukaran tenaga haba lautan dan sektor biojisim, hidrogen dan gas asli cecair.