Surat Cara Perjanjian Pinjaman Atau Pembiayaan PMKS Akan Dikecualikan Duti Setem Sepenuhnya

eb895b3c2071f7580af35a21414514fe671296e27e990 Peniaga membungkus keropok kering untuk dijual kepada pelanggan, semasa tinjauan FotoIteenews di Pasar Kedai Payang hari ini.Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan I Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2025 Malaysia MADANI mengumumkan peruntukan sebanyak RM40 bilion sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi kerajaan untuk sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Iteenews) — Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan perusahaan mikro, kecil dansederhana (PMKS) dengan pelabur melalui platform Initial Exchange Offering (IEO) mulai 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2026.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi meluaskan akses golongan itu kepada pinjaman atau pembiayaan alternatif.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga mencadangkan had amaun pinjaman atau pembiayaan Skim Pembiayaan Mikro bagi tujuan pengecualian duti setem dinaikkan kepada RM100,000 daripada RM50,000 mulai 1 Jan, 2025.

Perdana Menteri berkatakerajaan terus menyokong aktiviti perniagaan badan-badan koperasi termasuk menyediakan modal pusingan.

Dana pembiayaan sehingga RM100 juta disediakan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, kata Anwar.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *