KUALA LUMPUR, 11 Mac (Iteenews) — Sunway Mallsmelancarkan kempen "EIDisi Manis" sebagai menghargai hidangan kuih-muih tradisional Melayu bersempena sambutan Aidilfitri.
Acara itu diserikan dengan hiasan berwarna-warni yang menampilkan pelbagai jenis kuih-muih Melayu bagi memeriahkan lagi suasanaperayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls HC Chan berkata sambutan tahun ini mencerminkan visi pusat membeli-belah itu untuk menghangatkan lagi suasana kemeriahan di samping mengimbau kenangan lalu.
“Kami berharap pengunjung mendapat inspirasi daripada kekayaan tradisi. Mari kita mengenangmasa lalu, raikan masa kinidan melangkah ke masa depan dengan limpahan sinar kegembiraan dan kesejahteraan,” katanya pada pelancaran kempen "EIDisi Manis" di Sunway Putra Mall di sini hari ini.
Chan berkata suasana perayaan di pusat beli-belah bukan sekadar pameran budaya semata-mata malah menjadi platform inklusif untuk merapatkan jurang antara pelbagai lapisan masyarakat, khususnya menerusi warisan manisan tradisional.
Beliau berkata satu lagi aspek utama komitmen Sunway Malls terhadap keterangkuman ialah kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan budaya dan pelancongan.
"Kerjasama pelbagaipihak adalah penting dan berkesankerana ia membolehkan kita memanfaatkan kekuatan untuk mencapai matlamat bersama dengan lebih berkesan," katanya.
Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia Azimah Aziz, Ketua Unit Pelancongan Kuala Lumpur di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Nur Natasya Ab Halim, dan Presiden Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur Syed Azhar Syed Nadzir.
Dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur, Sunway Malls berhasrat untuk memperkasakan budaya Malaysia, menonjolkan peranan pelancongan budaya dalam memacu pertumbuhan ekonomi sambil memelihara warisan.