Kredit: SumiSaujana Group Bhd
KUALA LUMPUR, 13 Mac(Iteenews) –Pengeluar bahan kimia khusus minyak dan gas (O&G) yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE,SumiSaujana Group Bhd mahu mengumpulkan RM74.4 juta daripada tawaran awam permulaannya(IPO).
IPO syarikat merangkumi penerbitan 310.0 juta saham baharu pada harga terbitan 24 sen sesaham.
Daripada jumlah hasil, 54 peratus (RM40.2 juta) akan digunakan untuk membangunkan sebuah gudang dan pejabat korporat baharu di Puncak Alam, 25.4 peratus (RM18.9 juta) dipakai untuk membeli kilangsedia ada di Puncak Alam, 10.3 peratus (RM7.6 juta) untuk tujuan penyelidikandan pembangunan, 2.8 peratus (RM2.1 juta) sebagai perbelanjaan modaldan 7.5 peratus (RM5.6 juta) untuk belanja penyenaraian.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana, Norazlam Norbi berkata hasil yang dikumpulkanakan meningkatkan operasi, menyokong pengeluaran skala yang lebih besar dan mengukuhkan kehadiran syarikat di pasaran utama.
"Kehadiran kami melangkaui Malaysia dan kami telah berjaya meletakkan diri kami di pasaran antarabangsa utama, dengan lebih daripada 70 peratus pendapatan kami datang dari luar negara.
"Memandangkan sektor kimia khusus tenaga dan mampan terus berkembang, kami tetap memberi tumpuan agar terus mendahului trend industri selain memastikan penawaran kami sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat untuk bahan kimia khusus yang maju,"katanya semasa pelancaran prospektus IPO syarikat itu di sinihari ini.
Sementara itu, pada sidang akhbar selepas pelancaran, Norazlam berkata syarikat itu sedang bergerak ke arah menjadi pengeluar oleokimia khusus.
"90 peratus daripada operasi pembuatan kami berada dalam industri O&G, sektor yang akan terus berkembang. Bagaimanapun, kami percaya bahawa penerokaan ke dalam oleokimia khusus akan memacu pertumbuhan lebih lanjut bagi syarikat dalam jangka pendek dan panjang," katanya.
Oleokimia khusus adalah produk kimia bernilai tinggi yang diperolehi daripada minyak semula jadi dan lemak seperti minyak sawit, minyak kacang soya serta minyak kanola, untuk digunakan di seluruh industri seperti penjagaan peribadi, farmaseutikal, pelincirdan aplikasi perindustrian.