KUALA LUMPUR, 29 Okt (Iteenews) — Kaedah dan mekanismepenyasaran subsidi petrol RON95 yang dicadang dilaksanakan pada pertengahan tahun depan, masih sedangdiperhalusi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
SetiausahaPolitik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abd Munim berkata pada masa ini, sesilibat urus bersama semua pihak berkepentingan giat dijalankan, untuk membincang dan mencari kaedah yang terbaik.
“Kitanak pastikan apabila dilaksanakan pemberian subsidibersasar ini nanti, ia tidak mengakibatkan kekalutandan keresahan ramai terutama dari sudut proses dan operasinya.
“Jadi dalam tempoh ini,perinciannyaharus diilihat dengan mendalam danyang pasti apabila dilaksanakan, kebajikan rakyat terutama mereka yang dalam kelompok benar-benarlayak, akan terus menerima subsidi berkenaan,” katanya.
Beliau yang jugaTimbalan Ketua Angkatan Muda KEADILANberkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan program Ruang Bicara – Merealasikan Belanjawan 2025: ‘Tingkatkan Ekonomi B40 Ke Arah Masyarakat Produktif’, terbitan Iteenews TV malam ini.
Semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi berkenaan, kerana ingin menjimatkansehingga RM8 bilion, hasil 40 peratus subsidi petrol RON95 yang dinikmati warga asing dan golongan maha kaya ketika ini.
Bagaimanapun beliaumemberi jaminan kerajaankomited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan dengan langkah berkenaan.
— BERNAMA