Suami Isteri Maut, Anak Cedera Dalam Kemalangan Di Kuala Kurau

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Perak

IPOH, 5 Mac (Iteenews) — Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaandi Jalan PantaiBatu 9, TanjungPiandang dekat Kuala Kurau, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsalelaki berusia 59 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa dan isterinya berumur 66 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di tempat kejadian.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang merupakan anak pasangan tersebutmengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Iteenews.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau bergegaske lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer.

Beliau berkata kemalangan melibatkan duakenderaan iaitu Perodua Kelisa dan Honda City, bagaimanapun pemandu Honda City tidak dapat dikesan.

Beliau berkata mayat mangsadiserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.50 pagi.

— BERNAMA