Sorento Capital Sasar RM54.7 Juta Daripada IPO

6e054a8ce5b18100b3bdffd0834410b4668e59b341705Sorento Capital Bhd

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Iteenews) — Penyedia penyelesaian peralatan sanitari bilik mandi dan dapur,Sorento Capital Bhd menyasar mengumpulRM57.4 juta daripadatawaran awam permulaan (IPO) dan merancang merekrut 200 pengedar baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Syarikat itu dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Oktober ini.

Pengarah Eksekutif Sorento Capital, Jayden Loo Jing Kai berkata syarikat itu tidak bersikapselektif untuk mengembangkan rangkaian pengedarnya di seluruh negara.

“Kami mahu meningkatkan kehadiran kami di seluruh negara. Kriteria untuk pengambilan pengedarakan berdasarkan saiz pasaran wilayah tertentu dan kami akan menyesuaikan strategi pemasaran,” kata Loo padasidang media yang diadakan sempena pelancaran prospektus syarikat tersebut.

Sorento Capital telah mewujudkan rangkaian lebih 600 pengedar di seluruh Malaysia, meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan untuk pelanggannya.

Loo turut menjelaskanrancangan syarikat untuk mengembangkan jualan berasaskan projek, menyasarkan segmen bangunan seperti rumah mampu milik, hotel dan pejabat.

Ia akan melibatkan projek pembinaan dan pengubahsuaian baharu.

Menurut prospektus itu, IPO itu berharga 37 sen sesaham terdiri daripada terbitan awam sebanyak 155 juta saham biasa baharu dan tawaran untuk jualan 74 juta saham sedia ada.

Iamewakili 18 peratus dan 8.6 peratus, masing-masing daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesarkan sebanyak 860 juta saham selepaspenyenaraian berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *