Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, hadir pada majlis anugerah Enterprise 50 2024. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan (tiga kiri), Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (dua kiri), dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy (kanan). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bersama para penerima anugerah pada majlis anugerah Enterprise 50 2024.
KUALA LUMPUR, 26Okt (Iteenews) –SME CorpMalaysia telah melahirkan 763usahawanPerusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berupaya mencapai tanda aras kualiti tinggisekali gus berjaya meraih Anugerah Enterprise 50 (E50).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu, 67 penerima berjaya tersenarai di Pasaran Modal serta meluaskan pasaran di dalam dan luar negara.
Beliau berkata sebagai inisiatif berterusan dalam menyokong pembangunan PMKS terutama dalamkalangan penerima Anugerah E50, beberapa sesi perkongsian turut dilaksanadengan kerjasama rakan strategik.
“Ini termasuk sesi e-Invoicing oleh Deloitte Malaysia, Program Penilaian Kredit dan sesi jaringan bersama penyedia pembiayaan alternatif oleh RAM Rating Services Berhadserta sesi perkongsian berkenaan Kepimpinan Transformasi bersama tokoh usahawan dan tadbir urus terkemuka iaitu Datuk Seri DrIdris Jala.
“Saya percayasesi seumpama ini merupakan platform yang baik untuk Alumni E50 mendapatkan maklumat bagi tujuan pembangunan kapasiti yang berterusan,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah E50 di sini malam ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan, Pengerusi SME CorpTan Sri Bernard Giluk Dompok, Ketua Pegawai Eksekutif SME CorpRizal Nainy dan Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Malaysia Yee Wing Peng.
Anugerah E50 kali ini bertema‘Meraikan Semangat Keusahawanan Malaysia’ yang dianjurkan bersama oleh SME CorpMalaysia dan Deloitte Malaysia dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Anugerah E50 adalah program yang mendapat pengiktirafan industri sejak dua dekad lepas sebagai sebuahplatform berprestij dan berkredibiliti dalam mempromosi PKMS terbaik di Malaysia.
Ewon berkata KUSKOP danSME Corpakan meneruskan komitmen dalam membangunkan PMKS melalui pelaksanaan yang meliputi peningkatan penyertaan dalam rantaian bekalan domestik serta nilai global, peningkatan kapasiti dan keupayaan ke arah pengantarabangsaan, penerapan alam sekitar, sosial dantadbir urus(ESG) dalam operasi perniagaan serta penyenaraian dalam Pasaran Modal.