SME Bank Sasar Nilai RM50 Juta Daripada Sesi Padanan Perniagaan Program SME Bank XCESS 2024

6201c7ca7aa8aa5b413cbc039cc3ff7366c05a4029f55

PUTRAJAYA, 17 Ogos (Iteenews) — SME Bankmenyasarkan nilai RM50 juta daripadaSesi Padanan Perniagaan antara 120 usahawan tempatan dengan 24 pembeli dari 12 negara, menerusi program SME Bank XCESS 2024.

Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim berkata usahawan tempatan yang dipilih menyertai program itu adalah daripada industri makanan dan minuman, pembuatan, perkhidmatan serta minyak dan gas.

Manakala24 pembeli itu pula dari Brazil, Jerman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan, India, China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

“Semua usahawan tempatan yang menyertai program ini sudah disaring terlebih dahulu bersamaPerbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kerana kami nak memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu memenuhi keperluan antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepasMajlis Pelancaran SME Bank XCESS2024, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan turut dihadiri Pengerusi Kumpulan SME Bank Datuk Muslim Hussain.

Mohamamd Hardee berkata inisiatif SME Bank XCESS itu membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan meluaskan jangkauan mereka di peringkat antarabangsa dan menembusi pasaran global.

Sementara itu, Ewon menerusi ucapannya berkataprogram SME Bank XCESS 2024 menyokong komitmen kerajaan untuk menggalakkan dan mengukuhkan peranan sektor PKS dalam kemajuan ekonomi negara.

“Program ini merupakan peluang yang baik untuk berinteraksi dan berbincang dengan pelabur, pemasar, serta agensiyang akan membantu darisegi peningkatan kapasiti, pengenalan kepada keadaan dan keperluan pasaran serta belajar daripada usahawan yang telah berjaya di pasaran luar.

“Saya juga berharap program ini dijadikan sebagai wadah ataupun platform untuk mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik antara usahawan PKS dengan kerajaan serta agensi-agensinya.” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *