Pemain skuasy wanita kebangsaan, S. Sivasangari (Kredit: PSA Squash Tour)
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Iteenews) –Cabaran Malaysia dalam kejohanan Terbuka British2025 berakhir selepas wakil tunggalnegaraS. Sivasangari kecundang di tangan pemain MesirAmina Orfi, di peringkat suku akhir di Birmingham pada Khamis.
Dalam aksi yang berlangsung di The Rep Theatre, pemain skuasy wanita nombor sembilan dunia berkenaantewas 2-11, 11-4, 7-11, 9-11 kepada Amina,kekalahan keempat daripada lima pertemuan menentang pemain nombor lima dunia itu.
Pada perlawanan separuh akhir esok, Amina akan dicabar rakan senegara yang juga juara bertahan, Nouran Goharbagi merebut tempat ke final.
Gohar yang juga pilihan utama kejohananmara ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan pemain Belgium, Tinne Gillis 11-9, 11-7, 11-3.
Kejohanan Terbuka British menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD 348,500 (kira-kira RM1.5 juta) masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
— BERNAMA
<!––>