Sistem Pertahanan Siber Negara Perlu Dipertingkatkan – Pakar

KUALA LUMPUR, 27Mac (Iteenews) –Sistem pertahanan siber negara perlu dipertingkatkan supaya dapat bergerak seiringdengan perkembangan teknologi yang semakin kompleks, terutamanya ketika berhadapan ancaman daripada kumpulan radikal ekstremis yang menggunakan serangan siber sebagai sumber pendapatan.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor DrNoor Nirwandy Mat Noordinberkata walaupun Malaysia masih mempunyai sistem pertahanan siber yang relevan, namun ia perlu diperkukuh khususnyadalam aspek kelajuan dan ketepatan.

“Antara strategi yang boleh digunakan dengan meningkatkan keupayaan keselamatan siber sejajar dengan modus operandi penggodam, serta memperkemas latihan kecemasan siber seperti National Drill bagi memastikan kesiapsiagaan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Iteenews.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataanPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, yang mendedahkan sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diserang baru-baru ini dengan penggodam menuntut bayaran USD10 juta.

Anwar berkata kerajaan bagaimanapun tidak tunduk kepada ugutan itu, selain menyatakan keperluan meningkatkan sistem negara dengan dana tambahan kepada beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia.

Noor Nirwandy berkata kerajaan perlu melihat ancaman siber sebagai satu bentuk amaran untuk memperkemas lagi sistem pertahanan siber negaraserta, memperkukuh usaha menanganinya bersama negara-negara lain, bagimembentuk sistem keselamatan siber yang lebih baik.

Beliau berkataAgensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) setakat ini telah berjaya memainkan peranan memantau ancaman siber terhadap negara dengan efektif, selain perlunyakerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat ditingkatkan untuk membentuk budaya keselamatan siber dan memastikan kesiapsiagaan menghadapi ancaman.

Sementara itu,Pakar Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM) ProfMadyaDrNur Izura Udzir berkata serangan siber ke sistem digitalMAHB, boleh memberi impak besar terhadap operasi di lapangan terbang termasukkestabilan negara.

“Serangan siber seperti ini mampu memberi kesan terhadap reputasi, kepercayaan pihak berkepentingan, kerugian operasional dan pampasan. Sudah tiba masanya untuk kita melabur dalam keselamatan siber negara, terutama melibatkan infrastruktur kritikal seperti ini,” katanya.