Sistem Keselamatan Siber Penting Untuk Lindungi Operasi, Data Dan Rantaian Bekalan – Epicor

268f6fa1a77cfe01d8f636663a738df360b76085ac266

Oleh Siti Noor Afere Abu

KUALA LUMPUR, 3 April(Iteenews)–Apabila pengilang Malaysia menjalani transformasi digital, melindungi operasi, data dan rantaian bekalan daripada ancaman yang semakin meningkat menjadi penting, memerlukan tindakan pantas untuk memperkukuh pertahanan keselamatan siber.

Pengurus Negara Kanan Epicor untuk Malaysia Ben Lim berkata penyelesaian pengkomputeran awan menyediakan asas berskala besar dan selamat untuk pembuatan digital kerana ia membolehkan pemantauan masa nyata, pengesanan ancaman automatik dan penyulitan data, mengurangkan risiko siber.

Selain itu, beliau berkata bahawa sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) dengan ciri keselamatan dipacu kecerdasan buatan (AI) membantu mengenal pasti dan mengurangkan kelemahan sebelum ia menyebabkan kerosakan.

“Menyepadukan keselamatan siber ke dalam operasi harian melalui audit keselamatan, latihan pekerja dan mengukuhkan perlindungan dan membantu pengilang mempertahankan diri daripada ancaman yang sentiasa berlaku.

“Dengan mengutamakan keselamatan siber dalam strategi digital, syarikat pengeluar Malaysia boleh meningkatkan daya tahan operasi dan melindungi data kritikal. Postur keselamatan yang kukuh juga mengukuhkan kepercayaan merentas rantaian bekalan, memastikan peralihan era digitallebih lancar," katanya kepada Iteenews.

Penyelesaian berasaskan pengkomputeran awan bantuperniagaan perluaskan kapasiti

Lim berkata sistem ERP berasaskan pengkomputeranawan adalah pencetus perubahansebenar apabila ia melibatkanpeningkatan kapasiti, fleksibiliti dan daya tahan, sistem ERP membolehkan perniagaan meningkatkan operasi mereka dalam masa nyata, menampung pertumbuhan dan permintaan yang berubah tanpa memerlukan pelaburan besar dalam infrastruktur.