Sinergi ASEAN Perkukuh Keselamatan Perairan Di Selat Melaka

7d640957b3f71d2c3efec95ada42f1be67aff90fc6e4a Pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan melakukan rondaan dan pemeriksaan rutin di perairan Selat Melaka, baru-baru ini.Kerjasama erat antara negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia dan Indonesia, terus menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan perairan di Selat Melaka yang merupakan laluan maritim strategik dan titik sempit penting bagi kawalan kedaulatan negara.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA 878c7beaf4bfad116c0654f09ff3d84c67aff91e409d4 Pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan melakukan rondaan dan pemeriksaan rutin di perairan Selat Melaka, baru-baru ini.Kerjasama erat antara negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia dan Indonesia, terus menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan perairan di Selat Melaka yang merupakan laluan maritim strategik dan titik sempit penting bagi kawalan kedaulatan negara.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA ac16fc96f872250e60a10e4adcc34e2f67aff92d5dbbc Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten (M) Mohd Khairi Abd Aziz semasa sesi temu bual mengenai ASEAN di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan Kula Linggi, baru-baru ini.Kerjasama erat antara negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia dan Indonesia, terus menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan perairan di Selat Melaka yang merupakan laluan maritim strategik dan titik sempit penting bagi kawalan kedaulatan negara.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Mohd Fakri Awang Lah

ALOR GAJAH, 15 Feb(Iteenews) — Kerjasama erat antara negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia dan Indonesiaterus menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan perairan di Selat Melaka yang jugalaluan maritim strategik dan titik sempit penting bagi kawalan kedaulatan negara.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menghadapi cabaran besar dalam mengawal perairan yang hanya berjarak kira-kira 15 batu nautika (27.28 kilometer) dari Kuala Linggi ke Pulau Rupat, Indonesia.

Dengan jarak yang dekat serta kehadiran bot berkuasa tinggi, aktiviti penyeludupan rentas sempadan dapat dilakukan dalam tempoh hanya 30 minit, menjadikan laluan ini antara digemari sindiket jenayah.

Namun, keupayaan ASEAN sebagai sebuah badan serantau dalam menangani ancaman ini terbukti berkesan menerusi sinergi risikan sertaoperasi bersama antara Malaysia dan Indonesia.

Pertukaran maklumat yang pantas serta tindakan operasi yang diselaraskan telah membantu mengekang jenayah rentas sempadan, termasuk penyeludupan dadah, rokok putih dan pencerobohan nelayan asing.

Bercakap kepada Iteenews, Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan Kepten (M) Mohd Khairi Abd Aziz berkata sepanjang 2022 hingga 2024, sebanyak 138 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan direkodkan dengan nilai rampasan mencecah RM10 juta.

"Antara kes berprofil tinggi termasuk rampasan 11 bot yang digunakan untuk membawa 121 pendatang tanpa izin dari pelbagai negara, selain rampasan dua bot pancung yang dilengkapi enamenjin berkuasa tinggi dengan muatan rokok kretek bernilai RM2.95 juta.

"Selain itu, kami juga merampas20 kilogram (kg) dadah yang disyaki untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam temu bual sempena sambutan ulang tahun ke-20 Maritim Malaysia.