Simposium PIDM Tingkat Kesediaan Krisis Dalam Kalangan Institusi Kewangan

76030d9a178d11d1b07928a10b2a429366f2b3d2f04eb

KUALA LUMPUR, 24 Sept(Iteenews) –Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sekali lagi menganjurkan Simposium Resolusi Kebangsaan (NRS)untuk meneruskan perbincangan mengenai kaedah menangani atau menyelesaikan kegagalan institusi kewangan di tengah-tengahketidaktentuan yang semakin meningkat.

Bertemakan "Membangunkan Kebolehselesaian Secara Kolaboratif: Menerapkan Dasar Kepada Amalan", NRS pada tahun ini menumpukan perbincangan kepada pelaksanaan praktikal persediaan krisis.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM,Rafiz Azuan Abdullah berkatapersediaan krisis perlu dilihatsebagai operasi berterusan dan bukan sekadar tindak balas apabila berlakunya kecemasan.

"Perancangan resolusi yang dilaksanakan lebih awal dapat membangunkan keupayaan sewaktu institusi ahli masih beroperasi seperti biasa untuk menyokong resolusi yang efektif dan merupakan pendekatan yang mampu mempertingkatkan daya tahan mereka.

“NRS mengukuhkan komitmen kami bagi memastikan institusi ahli PIDM sentiasa bersedia dan boleh diselesaikan untuk menghadapi cabaran semasa dan mendatang. Kami berhasrat untuk memupuk kerjasama dan menyediakan platform bagi pertukaran pandangan untuk menyokong resolusi yang efektif demi mengekalkan kestabilan sistem kewangan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Simposium tersebut dihadiri hampir 450 pesertatermasuk pemimpin pengurusan kanan dari institusi-institusi kewangan Malaysia.

PIDM berkata, NRS pada tahun ini menumpukan perbincangan kepada pelaksanaan praktikal persediaan krisis dan bagaimana pihak berkepentingan seperti peserta jaringan keselamatan kewangan, institusi kewangan, pengamal syariah, firma profesional serta pihak media boleh bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan resolusi secara teratur ketika berlaku kegagalan institusi ahli.

Katanya, pihaknyatelah menerbitkan keperluan perancangan resolusi kepada bank-bank ahlinya.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berfasa mengikut urutan pelaksanaan perancangan pemulihan Bank Negara Malaysia (BNM), berpandukan prinsip perkadaran, bergantung pada saiz dan kerumitan bank," kata PIDM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *