Sime Darby Jangka Sektor Automotif Pulih, Penyasaran Subsidi Bahan Api Beri Kesan Minimum

418ba95f7f68e2ac07bfdd81ce7b0a935f476d7b0e8e2

PETALING JAYA, 27 Ogos(Iteenews) –Sime Darby Bhd menjangkakan sektor automotif akan mengalami pemulihan berterusan dengan pelaksanaan subsidi bahan api bersasar hanya memberi kesan yangminimum.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Muhammad Noor Abd Aziz berkata walaupun terdapat beberapa reaksi pasaran berhubung isu itu, kumpulan bagaimanapun mahu menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.

Beliau berkata permintaanterutamanya untuk kereta mewah, berkemungkinan akan terus pulih.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson mengakui mungkin wujudnya kesan jika rasionalisasi subsidi untuk RON95 diperkenalkan, tetapi jualan automotif akhirnya akan kembali seimbang seperti biasa.

“Kita tidak menjangkakan ia (kesan rasionalisasi subsidi) berpanjangan. Apabila subsidi bahan api (dilaksanakan), pada pandangan saya akan ada kesannya.

"Kemudian, keseimbangan akan berlaku. Jadi, saya fikir kesannya mungkin lebih singkat," katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai prestasi Sime Darby bagi tahun kewanganberakhir 30 Jun, 2024.

Mengenai kadar penerimaan kenderaan elektrik (EV), Jeffri berkata Malaysia menunjukkan kadar penerimaan yang mengagumkan berbanding dengan rakan serantau.

Beliau berkata Singapura telah mengalami perubahan pesat dalam penerimaan EV dan Hong Kong sedang berkembang pada kadar yang lebih perlahan, Malaysia pula telah mencapai kadar penerimaan yang ketara sebanyak 25 peratus dalam portfolionya.

"Penerimaan yang kukuh ini disokong oleh pelbagai model EV yang tersedia di pasaran Malaysia, termasuk tawaran daripada UMW Motors, Peroduadan Toyota," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *