GEORGE TOWN, 18 Feb (Iteenews) –Sime Darby Auto ConneXion(Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia,secara rasmi telah membuka bilik pameran 3S terbaharu serta terbesar (perkhidmatan dan alat ganti) di Jalan Baru, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Dengan pelaburan RM16.6 juta, kemudahan terkini ituakan mengukuhkan rangkaian Auto ConneXion di Wilayah Utara, memperkuat lagi komitmennya untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan kepadapeminat Ford di Malaysia.
Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors,Jeffrey Gan berkata bilik pameran baharu ini mencerminkan dedikasi serta usaha syarikat untuk terus menaikkan tarafnya kepadapelanggan.
"Dengan memperluas rangkaiannya,syarikat akan boleh memastikan pengalaman Ford lebih mudah diakses di rantau utara, menyediakan perjalanan pemilikan yang tiada tandingan," katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Sejajar dengan sentimen tersebut, Pengarah Urusan Auto ConneXion, Turse Zuhair berkata bilik pameran baharu ini bukan sahaja akan memperkukuhkan posisi syarikat sebagai pemimpin dalam segmen trak pikap Malaysia tetapi turut menyoroti dedikasinya dalam meningkatkan pengalaman pemilikan Ford secara keseluruhan.
“Selaras dengan inisiatif global Ford, pelaksanaan pengalaman tetamu Ford di bilik pameran ini akan melonjakkan interaksi pelanggan pada setiap langkah dalam perjalanan mereka,”katanya.
Bilik pameran, yang merangkumi keluasan 46,000 kaki persegi itu, direka bagi menyediakan pelanggan keselesaan serta perkhidmatan berkualiti.
Sebaik sahaja tiba, pelanggan akan disambutdengan perkhidmatan penyambut tetamu, penyediaan ruang yang selesa untuk menikmati pengalaman Ford, manakalaproses digital dan terselaras akan memastikan kecekapan optimum,dari pertanyaan mengenai kenderaan ke perkhidmatan selepas jualan.
Sebagai tambahan kepada bilik pameran 3S itu, Auto ConneXion telah melancarkan pusat badan dan cat berkeluasan 28,000 kaki persegi, yang terletak tujuh kilometer di Taman Perindustrian Saga Jaya, Perai, ia menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif seperti pembaikan badan kenderaan, cat semburan, penggantian cermindan khidmat penggilap.