Kredit: Facebook Sidec – Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation
KUALA LUMPUR, 11 Sept(Iteenews) –Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec)melancarkan program pemecut berkembarnya yangmenampilkan kohort ketujuh Program Pemecut Selangor (SAP24) dan kohort kedua Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX24).
Sidec dalam satu kenyataanhari ini berkata, program itu bertujuan untuk memperkukuh ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pemula niagadi Selangor serta mewujudkansyarikat bernilai berjuta-juta dolar yang boleh memberi sumbangan besar kepadakeluaran dalam negara kasar negeri.
Sebanyak 50 pemula niagayang menumpukan pada kecerdasan buatan (AI), mobiliti pintar, penyelesaian berasaskan bio dan sifar bersih telah dipilih bagi SAP24.
Sementara itu, 50 PKS daripada sektor termasuk makanan dan minuman, kediaman dan perkakas rumah, fesyen dan gaya hidup, kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan serta impak sosial telah dipilih bagi ECX24.
Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping berkata lebih 550 permohonan diterima untuk menyertaiSAP24 dan ECX24, menunjukkan minat dan semangat yang tinggi dalam komuniti keusahawanan.
Yong berkata ini mencerminkanreputasi Selangor yang semakin meningkat sebagai hab pembangunan inovasi dan perniagaan.
“Kami komited melaksanakanproses pemilihan yang ketat untuk melahirkanusahawan berimpak tinggi yang berupaya membangunkansyarikat bernilai tinggi yang mencatatkan pertumbuhan kukuh.
“Fokus utamaadalah untuk mengenal pasti dan menyokong bakat yang cemerlang dan perniagaan inovatif yang berpotensi untuk berkembang pesat dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi, yang seterusnya menjadikan Selangor sebagai peneraju dalam pasaran global,” katanya.
Program ECX24 berlangsung selama empat bulan merangkumi modul komprehensif yang termasuk bengkel perniagaan dan kursus pembentangan idea.