Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 Dijangka Jana Potensi Perdagangan Dan Pelaburan Bernilai RM2 Bilion

2ab20d814014ea542100b36e2c0e4f2566bdb5f591287

KUALA LUMPUR, 15 Ogos(Iteenews) –Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yangberlangsung dari 17 hingga 19 Dis, 2024di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, dijangka menjana potensiperdagangan dan pelaburan bernilaiRM2 bilion.

Lebih daripada 500 pempamer dan 10,000 pengunjungperdagangan dijangka menyertai MCS 2024, yang menampilkan ekspo perdagangan dan pameran antarabangsa serta persidangan mengenai kepimpinan.

Sidang kemuncak anjuran Qube Integrated Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ituyang bertemakan “Prosperity Beyond 50” akan menandakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China dan berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan inovasi.

Pada taklimat media hari ini, Qube dan MATRADE mengumumkan Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) sebagai rakan kongsi strategik untuk MCS 2024.

Selain ituPertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Star Media Groupdan Sin Chew Daily turut diumumkan sebagai rakan kongsi media rasmi.

Ahli Lembaga Pengarah MATRADE Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata perkongsian strategik itu akan membawakan sinergidinamik syarikat peringkat pertengahan Malaysia (MTC) dan syarikat besar, bagi memastikan kejayaan sidang kemuncak tersebut dalam merangsanghubungan perdagangan dan peluang pelaburan yang kukuh antara Malaysia, China danASEAN.

“Komitmen kami untuk memperjuangkan MTC Malaysia, yang merupakan pemacu utama pertumbuhan, inovasi dan pekerjaan, dicerminkan menerusi perkongsian ini.

"Mereka telah menunjukkan daya tahan dan kebolehsuaian yang luar biasa di tengah-tengah pelbagai cabaran ekonomi global, memberikan sumbangan penting kepada ekonomi kita," katanya.

Mohammad Medan berkata MICCI, dengan rangkaian dan pengalamanyang luas dalam usaha menggalakkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa, akan memastikan penyertaan kukuh daripada pelbagai industri bagi menjadikan sidang kemuncak itu sebagai hab perbincangan dan kerjasama yang bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *