Foto: Shopee Foto: Shopee
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Iteenews) — Shopee Rai Lokal menyokong lebih 1.8 juta penjual tempatan tahun ini, manakala 500,000 ahli Shopee Affiliates memacu lebih 90 juta pesanan menerusi penghasilan kandungan yang disasarkan melalui ciri-ciri dalam aplikasi.
Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data diShopee Malaysia Tan Ming Kit berkata sejak dilancarkan pada2019, Shopee Rai Lokal telah menjadi tonggak utama dalam misiShopee untuk meraikan sertamenyokong komuniti pengguna, usahawan dan bakat tempatan.
Beliau berkata inisiatif itu telah diperkukuhtahun ini dengan pelancaran laman web mikro, platform khusus buat pengguna untuk menerokai dan menyokong produk dan perniagaan tempatan kegemaran melalui baucar dan diskaun eksklusif.
“Usaha ini merapatkan jurang antara penjual dan pembeli, mencipta laluan langsung untuk pengguna menyokong usahawan tempatan.
“Shopee percaya dengan membekalkan pengguna akses mudah untuk menyokong usahawan tempatan adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan memupuk ekosistem e-dagang yang berdaya tahan,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, menggalakkan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Tanberkata antara ahli yang memberi inspirasi ialah Nurul Syuhana, ibu kepada lima anak yangmenyertai Shopee Affiliate Shopee pada 2023 dan kini diiktiraf sebagai seorang daripada pemenang dalam kategori 'Shopee Affiliate 2 Million Ringgit Club'. Beliau berjaya meningkatkan jumlah pengikut daripada33 hinggalebih 200,000.
Beliau berkata tahun ini turut menyaksikan program Pertunjukan FesyenRaya Stail Kita mengetengahkan pereka tempatan, denganmenampilkan 10 penjual tempatan yang menarik lebih 70,000 penonton di Shopee Live.
Shopee juga katanya menganjurkan program Digital Platform Upskilling Summit yang merangkumi limabahagian pada tahun ini, untuk melengkapkanlebih 1,000 penjual dengan ilmu pengetahuan penting tentang pematuhan peraturan, ketulenan produk, dan pensijilan halal agardapat memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik.